Telaga Biru Digital Sdn Bhd (“kami”) sedang menjalankan satu inisiatif untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Bagi mematuhi Akta tersebut, kami dikehendaki untuk menguruskan data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda.
Tujuan penggunaan data peribadi anda adalah untuk, tetapi tidak terhad kepada:- (secara kolektif, “Tujuan-Tujuan tersebut”) Data peribadi anda mungkin dikumpulkan daripada borang-borang dalam talian semasa anda melayari laman sesawang Telaga Biru Digital atau dikumpulkan daripada senarai tetamu yang sedia ada, kad perniagaan, buku tetamu atau mana-mana acara yang dianjurkan oleh kami atau mana-mana syarikat di dalam Kumpulan (seperti yang ditakrifkan kemudian daripada ini).
Anda mungkin diperlukan untuk membekalkan kami dengan nama anda, nama syarikat, alamat, negara, nombor telefon, nombor faks dan alamat emel.
Sekiranya anda gagal untuk membekalkan kami dengan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses dan/atau menzahirkan data peribadi anda bagi mana-mana Tujuan tersebut di atas.
Sila maklum bahawa data peribadi anda boleh didedahkan, disebarkan atau dipindahkan kepada syarikat-syarikat di dalam Kumpulan Telaga Biru Digital (termasuk syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dan syarikat-syarikat sekutu mereka tempatan dan juga antarabangsa), sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan (secara kolektif, “Kumpulan”) atau kepada mana-mana organisasi pihak ketiga tujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut dan dan juga tujuan-tujuan yang berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut serta dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bersepadu, penyelenggaraan dan penyimpanan rekod-rekod.
Untuk tujuan ini, kami komited dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan data peribadi anda yang dibekalkan kepada kami. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa kesemua data peribadi yang diserahkan kepada kami dan disimpan oleh kami adalah tepat, tidak mengelirukan, dikemas kini dan lengkap dalam semua aspek. Bagi mengelakkan keraguan, kami dan/atau Kumpulan dan/atau pekerjanya atau pegawai yang diberi kuasa atau ejen tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang data peribadi yang diserahkan oleh anda yang tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap dan tidak dikemas kini.
Di samping itu, kami boleh meminta bantuan anda untuk memperolehi persetujuan daripada pihak ketiga yang data peribadinya telah dikemukakan oleh anda kepada kami dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk berbuat demikian.
Anda boleh, pada bila-bila masa selepas penyerahan data peribadi anda kepada kami, mengemukakan permintaan untuk akses kepada data peribadi anda dengan mengemukakan permohon tersebut kepada kami di alamat seperti di bawah jika
Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Industrial Park, 28,
Jalan Tembaga SD 5/2a,
Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala
Lumpur, Selangor
[email protected]
Sebarang data peribadi yang dikekalkan oleh kami akan dimusnahkan dan/atau dipadamkan daripada rekod dan sistem kami selaras dengan dasar pengekalan yang terpakai oleh kami jika data tersebut tidak lagi diperlukan bagi Tujuan-Tujuan tersebut.
Kami percaya bahawa anda akan memberi persetujuan untuk pemprosesan data peribadi anda dan anda mengaku bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima pernyataan-pernyataan dan terma-terma yang terkandung di dalam ini.